Saturday, 4 January 2014

Mula kan life baru 2014

A S S A L A M U A L A I K U M W A R A H M A T U L L A H I W A B A R O K A T U H !


Good morning World , Goodmorning Malaysians , Goodmorning Kelantanese , Goodmorning Bloggers , Goodmorning Readers and Goodmorning to all of youu :*

Rasa macam entry kali ni maybe sampai berpuluh puluh perenggan . hahaha :) so ,

Bismilahirrahmanirrahimm ..

Alhamdulillah , alhamdulillah syukur kepadaMu Ya Allah kerana aku masih lagi diberi peluang untuk aku meneruskan hidup aku dengan ketibaannya tahun baru 2014 ini . Terima kasih :')


Sedar tak sedar 2013 dah melabuhkan tirainya manakala 2014 pula akan menjengah . Say Hello to 2014 . Selamat Datang 2014 . Forsure , 2013 terdapat pelbagai jenis kenangan pahit dan manis terukir namun 2014 akan menyusul yang menuntut korang semua mengukir kenangan yang baru .  Biarlah ukiran kenangan itu memberi kesan kepada kita dan orang sekeliling kita :)

First of all , i just nak mintak maaf seandainya 2013 ni aku dah buat banyak hati yang terguris , perasaan yang tersinggung , senyum yang tidak dibalas , and etc heh :p Honestly , azam 2013 aku sudah pun aku lupa . dush apalah yang teruk sangat ye ?
Baiklah . Ingin aku tegaskan bahawa azam bagi tahun baru 2014 tak lain dan tak bukan ingin menjadi lebih baik dari yang sebelumnya . Allah . sebut memang senang . cakap memang mudah . tapi diri ini yang degil seperti kotoran degil di baju yang susah hilang selain dengan menggunakan sabun serbuk fab . eh ? fuyoo dah lama tak cakap merapu macam ni heh .

Bila saya cakap tahun baru ni kan , mesti sibuk dengan azam . Azam ? apa itu Azam ? Nama ayah saya ? Nama abang saya ? Ohh , saya tahu nama bakal suami saya . Muehehehe . oh semua jawapan di atas tidak valid ye sayang :) tiada dalam skema .

so , sempena tahun baru 2014 ni saya dah berjanji dengan diri ini ingin meluangkan masa dengan Belog Tak Cute , dengan family , adik adik , member member lama especially Nor Anis  dan bersama dengan orang tersayang Mohamad Hisyam :*

Setelah berbulan bulan sibuk dengan SPM 2013 , sekarang aku baru nak update blog . Nak blogwalking nak itu nak ini . so , inshaAllah jika diberi peluang olehNya aku akan upgrade kan lagi blog aku ni :) insha Allah !

LIFE BARU 2014 
# Dapat result yang cemerlang dalam spm2013 #

# Nak jadi orang dewasa , no more budak budak #

# Nak jadi matang #

# Nak buat mama abah and family happy sokmo #

# Tak nak gaduh dengan Mohamad Hisyam #

# Still berkawan baik dengan Nor Anis #

# Tak nak jadi budak manja dan ego tinggi #

# Nak jadi lebih baik # (?)

# IMPROVE SEMUA BENDA #

# Nak tinggi macam Mohamad Hisyam # (?)

# Nak turunkan berat badan # (?)

So , aku harap life aku pada tahun 2014 akan menjadi lebih baik dan sempurna dari tahun tahun yang sebelumnyaa . Aminn . 

# XOXO # Fifah Zairi

! ♥ Terima kasih daun keladi ♥!

0 persons berX0XO:

Post a Comment